Wednesday, October 20, 2010

PPKI (BP) SMK Taman Setiawangsa

Pengenalan
PPKI (BP) di SMK Taman Setiawangsa yang dahulunya dikenali sebagai Program Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) telah ditubuhkan pada November 1998. Terletak di aras 2 Blok D, PPKI ini kini mempunyai 14 orang guru dan 5 orang PPM serta Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas yang cukup komited dan dedikasi dalam mendidik anak-anak istimewa di sekitarnya. Mempunyai 9 buah kelas dan 3 buah bengkel bagi Mata Pelajaran Vokasional Khas (MPV-Khas). PPKI (BP) Taman Setiawangsa kini kian mantap khususnya dalam aspek memperkasakan lemahiran vokasional pelajar bermasalah pembelajaran.

Moto
'datang dengan harapan, pulang dengan kejayaan'

Monday, October 18, 2010

MPV-Khas

SMKTSW terpilih bagi menjalankan program rintis Mata Pelajaran Vokasional Khas (MPV-Khas) bagi pelajar bermasalah pembelajaran. Vokasional menurut Kamus Dewan (2007) bermaksud latihan atau kemahiran. Mata Pelajaran Vokasional Khas (MPV-Khas) adalah satu mata pelajaran yang meliputi enam komponen khusus iaitu komponen-komponen Pertanian, Perkhidmatan, Masakan, Penyelenggaraan, Kraftangan dan Jahitan. Draf  kurikulum mata pelajaran vokasional khas ini telah diluluskan oleh Jawatan Kuasa Kurikulum Pusat, Kementerian Pelajaran Malaysia pada bulan April 2006 untuk dilaksanakan secara rintis di Program Integrasi Sekolah Menengah Bermasalah Pembelajaran mulai tahun 2008.

PPKI Bermasalah Pembelajaran

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Bermasalah Pembelajaran.

PPKI merujuk kepada program pendidikan khas untuk murid berkeperluan khas yang dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah dan menengah harian biasa. Dalam Peraturan-peraturan Pendidikan - Pendidikan Khas (1997) menyatakan program ini sebagai suatu program percantuman di sekolah biasa bagi murid yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran atau mempunyai masalah pembelajaran